96 PPS banjir sedia diaktifkan di Kuala Lumpur, Putrajaya: Rina

September 28, 2022 · Isu semasa

Sembilan puluh enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menampung lebih 22,000 mangsa banjir di sekitar ibu negara dan Putrajaya sedia diaktifkan sebagai persiapan menghadapi bencana itu sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia adalah sebahagian daripada 6,010 PPS di seluruh negara yang berupaya menempatkan lebih 1.6 juta orang yang sedia digerakkan pada musim banjir.

“JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) memberi fokus kepada empat perkara iaitu perlindungan, makanan, kaunseling dan pendaftaran di PPS.

“Dalam soal penyediaan makanan, penggunaan makanan bungkusan ‘retort’ digunakan di PPS sebagai persediaan awal bagi menjamin mutu dan kesegaran serta memastikan sifar bakteria,” katanya ketika berucap merasmikan Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS di sini hari ini.

Seramai 250 peserta terdiri daripada warga kerja JKM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia , Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Majlis Perwakilan Penduduk menyertai program itu di Pusat Komuniti Sentul sebagai kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Rina berkata program itu bertujuan memberi maklumat dan pendedahan berkaitan pengurusan bencana secara lebih cekap, bersepadu dan berkesan kepada petugas terlibat.

Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dilaporkan mengenal pasti sejumlah 36 titik panas berisiko banjir di ibu kota antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Kampung Kassipilay, Kampung Puah dan Kampung Chubadak.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JKM Datuk Shaharuddin Abu Sohot ketika ditanya berkenaan persiapan sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada musim banjir, berkata pihaknya sedia berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pengendalian lokasi memandangkan PPS dan pusat mengundi lazimnya menggunakan tempat yang sama.

“Belum ada pelan yang khusus tapi kita akan berunding kalau tempat diperlukan untuk urusan pilihan raya,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Undi18 punca Ku Nan tersungkur di Putrajaya
November 20, 2022· Politik
Kalah di Putrajaya, Ku Nan minta buat kiraan semula pula
November 19, 2022· Politik
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
12 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok