[KEMAS KINI] 96 pesakit meninggal sebelum dibawa ke hospital hari ini

August 13, 2021 · Isu semasa

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun kepada 277 kes berbanding 318 kes yang dicatatkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 11,968 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kematian itu 96 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital dan dikategorikan sebagai Brought In Dead (BID).

“Dalam tempoh 24 jam itu juga seramai 17,025 pesakit disahkan sembuh. Keseluruhan kes sembuh ialah 1,110,528 kes berbanding jumlah kes positif sejak wabak melanda negara ini tahun lalu sebanyak 1,363,683 kes.

“Sebanyak 241,187 kes masih aktif. Sementara 1,075 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 537 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 21,468 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, turun sedikit berbanding jumlah dicatatkan semalam, 21,668 kes. Daripada jumlah itu 3,866 membabitkan bukan warganegara Malaysia.

Daripada 21,468 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 670 kes ata 3.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 20,798 kes (96.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, hanya 2,703 kes atau 12.6 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi iaitu yang telah mendapat vaksinasi dua minggu selepas dos kedua,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan pula beliau berkata berdasarkan data terkini pada 12 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33) diikuti oleh Sabah dan Kelantan (masing-masing nilai RT 1.20), serta Sarawak dan Pulau Pinang (nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh 24 jam itu 41 lagi kluster baharu dilaporkan menjadikan keseluruhannya 4,120 kluster dengan 2,827 telah ditamatkan.

Daripada jumlah kluster baharu itu, 22 membabitkan jangkitan di tempat kerja, Komuniti (sembilan), kumpulan berisiko tinggi (lapan) dan dua institusi pendidikan di Pahang dan Kelantan.

Selangor merekodkan jumlah jangkitan di tempat kerja paling banyak iaitu 10 kluster dengan tiga kluster membabitkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu Industri Lingkaran Mohamed Satu di Klang dan Petaling mencatatkan 212 kes, Industri Sungai Pinang 4/2 di Klang (87 kes), dan Industri Bukit Belimbing 26 (50 kes).

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
5 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
7 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok