96 kematian akibat Covid-19 semalam, kes aktif kembali melonjak

October 22, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam meningkat kepada 96 kes, termasuk 21 kematian ‘Brought in Death’ (BID), berbanding 76 kes yang dilaporkan pada Rabu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Angka itu menjadikan keseluruhan kes kematian sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 28,234 kes, termasuk 5,701 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau BID.

Daripada angka kematian semalam, Sarawak merekodkan jumlah tertinggi iaitu membabitkan seramai 21 pesakit, diikuti Sabah (16); Perak (14); Kelantan (13); Selangor (12); Johor (10); Pulau Pinang (enam); masing-masing dua di Pahang dan Terengganu; dan masing-masing satu di Kedah, dan Perlis.

Tiada kematian direkodkan di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sejak awal tahun lalu sehingga semalam, sembilan negeri merekodkan angka kematian akibat Covid-19 melebihi 1,000 kes.

Ia melibatkan Selangor dengan 9,548 kes, diikuti Johor (3,572 kes); Kuala Lumpur (2,538 kes); Sabah (2,443 kes); Kedah (1,946 kes); Pulau Pinang (1,550 kes); Negeri Sembilan (1,218 kes); Sarawak (1,164 kes); dan Perak (1,047 kes).

Daripada jumlah keseluruhan kematian itu, 54.3 peratus adalah dalam kalangan pesakit berumur 60 tahun ke atas; 45.4 peratus (berusia 18 hingga 59 tahun); 0.1 peratus (12 hingga 17 tahun); dan 0.2 peratus (0 hingga 11 tahun).

Sebanyak 66.7 peratus yang meninggal dunia itu pula tidak divaksin, 22.6 peratus belum lengkap divaksin dan 10.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi. Sebanyak 57.1 peratus pula membabitkan kaum lelaki dan 42.9 adalah wanita.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan jumlah kes aktif kembali meningkat kepada 89,337 semalam berbanding 81,955 kes sehingga Rabu lalu.

Susulan itu, jumlah pesakit yang menjalani kuarantin di rumah turut meningkat kepada 70,896 berbanding 62,857 pada Rabu.

Bagaimanapun, jumlah pesakit di PKRC turun kepada 11,581 berbanding 11,966 pada Rabu, hospital (6,194 semalam, 6,466 Rabu), sementara pesakit di unit rawatan rapi kekal pada 666 kes, termasuk 206 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiga negeri kekal mencatat kes aktif tertinggi iaitu Selangor seramai 15,752 kes, Sarawak (12,406 kes); dan Johor (11,453 kes).

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Bank ambil serius kes iPay88 alami ‘insiden keselamatan siber’
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi negara tumbuh lebih kukuh 8.9 peratus pada suku kedua: BNM
2 jam lalu · Isu semasa
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
2 jam lalu · Isu semasa
BNM jamin pelanggaran data iPay88 tidak libat kelemahan sistem bank
3 jam lalu · Isu semasa
Tubuh RCI siasat pelanggaran data setelah iPay88 alami ‘insiden’
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit rendah berbanding dolar AS
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok