95.5 peratus individu dewasa, 65.5% remaja lengkap divaksin

October 31, 2021 · Isu semasa

Lebih 50.0 juta dos vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu sehingga semalam, 30 Oktober 2021, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Daripada jumlah itu, 74.8 peratus atau 24,411,588 individu berusia 12 tahun ke atas telah melengkapkan suntikan sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, dan 78.1 peratus atau 25,479,010 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 291,409 individu yang layak termasuk warga emas berusia 60 tahun ke atas serta petugas barisan hadapan, telah menerima suntikan dos penggalak.

Semalam, sebanyak 75,874 dos diberikan membabitkan 49,192 individu lengkap divaksin, 6,312 menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 20,370 menerima dos penggalak.

Sementara itu bagi PICK Dewasa, KKM memaklumkan sehingga semalam 95.5 peratus atau 22,348,481 individu telah lengkap divaksinasi, manakala 97.7 peratus atau 22,866,371 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 45.33 juta dos diberikan kepada golongan itu, termasuk 37,507 dos yang diberikan semalam.

Bagi PICK Remaja yang dilancarkan pada 20 September lalu hingga semalam, lebih 4.67 juta dos telah diberikan membabitkan 65.5 peratus atau 2,063,107 individu berusia 12 hingga 17 tahun, telah lengkap divaksin.

Sebanyak 83.0 peratus atau 2,612,639 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 17.0 peratus lagi belum divaksin.

Semalam sebanyak 38,367 dos diberikan kepada golongan itu membabitkan 35,659 remaja lengkap divaksinasi dan 2,708 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Dari segi jenis vaksin yang digunakan dalam tempoh Februari hingga semalam juga, 52.1 peratus adalah daripada jenama Pfizer, Sinovac (39.3 peratus); AstraZeneca (8.0 peratus); dan vaksin dos tunggal Cansino (0.3 peratus).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
8 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
8 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok