94.9 peratus individu dewasa, 76% remaja lengkap suntikan vaksin

Seramai 24,604,953 atau 75.3 peratus individu yang layak telah melengkap suntikan vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Daripada lebih 50.5 juta dos vaksin yang diberikan, 25,538,619 atau 78.2 peratus individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Pada masa sama, seramai 565,629 warga emas dan petugas barisan hadapan telah menerima suntikan dos penggalak.

Seramai 21.8 peratus lagi populasi Malaysia belum divaksin.

Sementara itu, seramai 22,214,024 atau 94.9 peratus populasi dewasa telah melengkapkan pengambilan dos masing-masing, manakala 22,819,122 atau 97.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sebanyak 45,417,511 dos diberikan kepada populasi dewasa di Malaysia sejak 24 Februari lalu hingga semalam.

Dalam pada itu, 76 peratus atau 2,390,929 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 86.4 peratus atau 2,719,497 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 13.6 peratus lagi remaja belum divaksin. Keseluruhannya 5,110,426 dos telah diberikan kepada golongan itu sejak PICK Remaja dilancarkan 20 September lalu.

BERITA BERKAIT
POPULAR