94.3 peratus individu dewasa, 43.4 peratus remaja lengkap divaksin

October 22, 2021 · Isu semasa

Lebih 1.36 juta atau 43.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan dua dos suntikan vasin Covid-19 sejak 20 September lalu hingga semalam, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Statistik laman sesawang COVIDVOW kendalian KKM menunjukkan 80.2 peratus atau 2,524,156 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sehingga semalam sebanyak 3,891,372 dos vaksin diberikan kepada remaja dengan semalam sahaja seramai 150,338 remaja lengkap divaksin, manakala 18,478 lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Fabruari lalu hingga semalam, 94.3 peratus atau 22,084,594 individu dewasa telah lengkap divaksinasi.

Sebanyak 97.3 peratus atau 22,792,916 lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

“Seramai 66,672 penerima yang layak telah memperoleh suntikan dos penggalak sehingga semalam,” kata KKM.

Dalam tempoh Februari lalu hingga semalam sebanyak 44,781,843 dos vaksin diberikan kepada individu dewasa dengan semalam sahaja seramai 36,024 lengkap divaksinasi, 11,720 menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 19,047 lagi individu dewas menerima dos penggalak.

Seramai 2.7 peratus lagi individu dewasa yang belum divaksin.

Sementara itu secara keseluruhannya, 48,673,215 dos telah diberikan dengan 71.8 peratus atau 23,451,810 individu yang layak telah melengkapkan vaksinasi masing-masing, sementara 77.5 peratus atau 25,317,072 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
66 pelancong Malaysia positif varian Omicron di Indonesia
January 20, 2022
Mungkin libat pengubahan wang haram, NGO lapor Rafizi kepada SPRM
November 10, 2022
Mufti Perlis persoal keputusan ‘halal’ Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok