9,320,476 dos vaksin diberi setakat semalam

Data 5 Julai 2021

Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin sehingga semalam, 5 Julai 2021, sudah mencecah 9,320,476 dengan tiga negeri – Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Selangor – merekodkan jumlah tertinggi.

Mengikut data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 Kebangsaan (JKJAV) sebanyak 6,585,002 individu menerima dos pertama, dan 2,735,474 penerima lagi melengkapkan dos kedua.

Bagi Sarawak, sebanyak 1,552,944 dos vaksin diberikan kepada penerima, membabitkan 1,226,659 dos pertama dan 326,286 penerima melengkapkan dos kedua.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 1,447,372 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan membabitkan 1,192,024 penerima dos pertama dan 255,348 dos kedua.

Pemberian dos vaksin di Selangor juga meningkat kepada 1,512,546 yang membabitkan 1,144,651 penerima dos pertama dan 367,895 bagi dos kedua.

POPULAR