929,427 kanak-kanak terima dua dos vaksin Covid-19

May 9, 2022 · Isu semasa

Seramai 929,427 atau 26.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) bermula 3 Februari lalu hingga semalam (8 Mei 2022).

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 1,553,175 atau 43.8 peratus kanak-kanak lagi turut menerima satu dos, tatkala tempoh pendaftaran PICKids dos pertama hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ditutup pada 15 Mei ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) mengumumkan pemberian dos pertama di bawah PICKids hanya akan diberikan hingga 15 Mei dan tidak lagi ditawarkan selepas tarikh akhir berkenaan memandangkan permintaan rendah vaksinasi boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

Selepas daripada tarikh itu, vaksin yang diberikan adalah secara berbayar dan jenis yang diberikan ialah Sinovac.

Program PICKids tidak dapat dipanjangkan kerana melibatkan tarikh luput vaksin, penghantaran daripada pengeluar selain terdapat usaha memperoleh lebih banyak ubat antiviral.

Sementara itu, 16,043,079 atau 68.2 peratus individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak sejak PICK-B dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober tahun lalu hingga semalam.

Selain itu, seramai 22,968,088 atau 97.6 peratus individu dewasa telah melengkapkan dua suntikan, manakala 23,244,086 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,897,493 atau 93.1 peratus telah lengkap divaksinasi, sementara 2,994,981 atau 96.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya, sejak PICK bermula 24 Februari tahun lalu hingga semalam lebih 70.41 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia.

Daripada jumlah itu, 26,795,008 atau 82.0 peratus telah lengkap menerima dos kedua, dan 27,792,242 atau 85.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Utamakan keselamatan, kesihatan anak musim perayaan
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok