922 kes baharu direkodkan dan 9 kematian semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 922 kes positif baharu harian jangkitan Covid-19 setakat tengah malam semalam.

Jumlah kes terbaharu tersebut menyaksikan negara mencatatkan penurunan tiga angka sejak kali terakhir pada 29 Mac lalu, sementara sembilan kematian kes baharu juga turut direkodkan setakat semalam.

Menurut laman sesawang CovidNOW, hanya satu kes import dilaporkan semalam, manakala kes selebihnya adalah penularan tempatan.

Ketika ini, sebanyak 4,451,781 kes positif dilaporkan dalam negara, dengan 31,834 kes aktif.

Sebanyak 30,821 kes aktif kini menjalani isolasi di rumah, 14 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 929 menjalani rawatan di hospital.

Seramai 23 menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan bantuan pernafasan dan seramai 46 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, sebanyak 5,520 sembuh dilaporkan semalam menyumbang kepada sejumlah 4,384,384 kes yang sudah pulih dari jangkitan Covid-19.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan sembilan kematian akibat Covid-19 dengan lima daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Dua kematian dilaporkan masing-masing di Kedah (kedua-duanya kes BID) dan Perak manakala masing-masing satu kematian di Johor (kes BID), Pahang (kes BID), Pulau Pinang (kes BID), Sarawak dan Selangor.

BERITA BERKAIT
POPULAR