911 kluster Covid-19 masih aktif

October 7, 2021 · Isu semasa

Lapan daripada 13 kluster baharu Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi membabitkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata secara keseluruhan sejak tahun lalu sebanyak 5,560 kluster Covid-19 dikesan di seluruh negara, namun 4,649 daripadanya telah ditamatkan manakala 911 lagi masih aktif.

Beliau berkata lima kluster lagi membabitkan tiga jangkitan dalam komuniti, dan dua kluster pendidikan yang dikesan di Pasir Mas, Kelantan membabitkan 10 individu yang disaring, dan di Kedah (33 individu daripada 201 saringan).

Bagi kes komuniti itu, dua membabitkan Temerloh dan Lipis di Pahang dengan 34 individu positif Covid-19 melalui saringan ke atas 167 individu, manakala satu lagi kluster komuniti dikesan di Mersing, Johor melibatkan 13 daripada 35 individu yang disaring.

Sementara itu, Johor juga merekodkan tiga kluster tempat kerja iaitu 20 individu di Batu Pahat dan 18 individu dari dua tempat kerja di Kota Tinggi.

Dua kluster tempat kerja turut dikesan di Tanah Merah dan Pasir Mas, Kelantan membabitkan 23 individu daripada 53 yang disaring.

Tiga kluster tempat kerja lagi dicatat di Seremban dan Rembau, Negeri Sembilan dengan 37 individu positif; Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang (38 individu); dan Kuala Langat, Selangor (19 individu)

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 12,884 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh sepenuhnya dalam tempoh itu menjadikan kumulatif sebanyak 2,157,565 kes atau 93.3 peratus daripada 2,313,727 kes positif.

Mengenai jangkitan hari ini, beliau berkata 587 kes turut membabitkan warganegara asing.

Daripada 9,890 kes harian yang dilaporkan hari ini 162 kes atau 1.6 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 9,728 kes (98.4 peratus) lagi kategori 1 dan 2, katanya.

Menurutnya, 827 pesakit, termasuk 782 yang disahkan positif, kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 336 pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
6 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok