9,002 kes baharu semalam

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 12 April 2022) meningkat semula berbanding Isnin sebanyak 7,739 kes.

Dalam tempoh itu, seramai 9,002 individu disahkan dijangkiti virus SAR-CoV-2, termasuk 52 kes import, menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,342,559 kes.

Seramai 16,986 pesakit telah sembuh semalam menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 4,180,763, sementara 35,341 kematian dilaporkan, dan 126,455 kes masih aktif

Sehingga semalam seramai 151 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 97 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak 24 Februari 2021 hingga semalam, lebih 69.27 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, dengan 25,984,454 individu menerima dua dos; 27,567,306 menerima sekurang-kurangnya satu dos; dan 15,933,049 individu dewasa menerima dos penggalak.

Daripada 9,002 jangkitan baharu semalam, 5,521 kes melibatkan individu yang telah menerima penggalak; penerima dua dos (1,894 kes); tidak divaksinasi (1,207 kes); dan penerima sekurang-kurangnya satu dos (380 kes).

Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri yang dikeluarkan malam tadi, 10 negeri merekodkan peningkatan jangkitan harian berbanding pada Isnin, namun nisbahnya adalah kecil.

Berikut adalah negeri dan Wilayah Persekutuan yang mencatat peningkatan jangkitan harian semalam:

  • Selangor – 5,100 (4,444 Isnin);
  • Kuala Lumpur – 1,003 (440 Isnin);
  • Negeri Sembilan – 493 (472 Isnin);
  • Perak – 373 (357 Isnin);
  • Pulau Pinang – 355 (309 Isnin);
  • Sarawak – 245 (178 Isnin);
  • Pahang – 153 (114 Isnin);
  • Sabah – 150 (65 Isnin);
  • Melaka – 123 (105 Isnin); dan
  • Labuan – 19 (10 Isnin).

Bagi Selangor, 3,224 jangkitan baharu semalam melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak; 1,000 (penerima dua dos); 641 (tidak divaksinasi); dan 235 (belum lengkap vaksinasi).

Berikut adalah pecahan jumlah kumulatif positif di setiap negeri sejak Januari 2020 hingga 12 April 2022:

  • Selangor – 1,275,660;
  • Johor – 378,723;
  • Sabah – 369,399;
  • Kuala Lumpur – 338,306;
  • Sarawak – 302,880;
  • Kedah – 296,274;
  • Pulau Pinang – 273,381;
  • Kelantan – 246,600;
  • Negeri Sembilan – 196,041;
  • Perak – 195,656;
  • Pahang – 169,305;
  • Terengganu – 124,161;
  • Melaka – 119,349;
  • Labuan – 21,193;
  • Putrajaya – 18,543; dan
  • Perlis – 17,088.

Sementara itu, seramai 30 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, meningkat berbanding 19 kes pada Isnin, dengan Johor mencatat lima kematian, yang melibatkan tiga penerima dua dos vaksin, dan masing-masing seorang menerima satu dos dan tidak divaksinasi.

Bagi negeri-negeri lain, Pulau Pinang dan Sarawak mencatat empat kematian, diikuti masing-masing tiga di Selangor serta Perak; masing-masing dua di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan serta Melaka; dan masing-masing satu di Terengganu, Perlis serta Sabah.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kelantan dan Labuan, semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR