90% individu dewasa Malaysia sudah terima suntikan vaksin Covid-19

September 10, 2021 · Isu semasa

Hanya tinggal 10 peratus sahaja lagi bagi Malaysia untuk melengkapkan 100 peratus individu dewasa yang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikeluarkan hari ini menunjukkan sehingga semalam 21,080,152 populasi dewasa negara menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, termasuk vaksin dos tunggal.

Sementara 71.3 peratus atau 16,680,780 lagi populasi dewasa Malaysia telah lengkap menerima suntikan masing-masing.

Data itu juga menunjukkan hanya 0.9 peratus sahaja lagi daripada individu dewasa di Lembah Klang – Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – yang belum melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Sehingga semalam, 6,108,592 atau 99.1 peratus daripada populasi Lembah Klang melengkapkan dos masing-masing, manakala lebih 6.97 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Enam negeri – Johor, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah, dan Sabah – masih mencatat jumlah peratusan di bawah nilai ambang 60 peratus populasi dewasa yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Sehingga semalam, Johor merekodkan 58.0 peratus, Pahang (56.3%); Perak (53.0%); Kelantan (51.4%); Kedah (51.2%); dan Sabah (47.9%).

JKJAV juga memaklumkan semalam sahaja, sebanyak 322,346 dos vaksin membabitkan 133,861 dos pertama dan 188,485 dos kedua, diberikan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,616 kes baharu, empat kematian
3 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
16 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
16 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
16 jam lalu · Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok