90.6 peratus individu dewasa lengkap divaksin

October 13, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 21,220,121 atau 90.6 peratus individu dewasa melengkapkan vaksinasi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi kemas kini laman sesawangnya COVIDNOW, KKM memaklumkan 94.9 peratus atau 22,215,504 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 5.1 peratus lagi belum divaksinasi.

Keseluruhannya lebih 43.32 juta dos vaksin diberikan kepada golongan itu dalam tempoh berkenaan dengan semalam sahaja sebanyak 65,764 individu dewasa melengkapkan suntikan vaksin dua dos atau dos tunggal, dan 13,829 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, 11.8 peratus atau 370,995 remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun turut melengkapkan suntikan vaksin dua dos masing-masing semalam, sejak PICK Remaja dilancarkan 20 September lalu.

KKM juga memaklumkan 74.8 peratus atau 2,352,464 lagi remaja menerima dos pertama daripada vaksin dua dos Pfizer, Sinovac atau AstraZeneca, menjadikan keseluruhannya lebih 2.72 juta dos vaksin diberikan kepada mereka.

Semalam sahaja sebanyak 129,941 dos diberikan membabitkan 87,972 remaja melengkapkan dos masing-masing, dan 41,969 lagi menerima dos pertama.

Secara keseluruhannya lebih 46.04 juta dos vaksin diberikan kepada penduduk Malaysia sejak 24 Februari lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu 66.1 peratus atau 21,591,116 individu melengkapkan vaksinasi, sementara 24,567,968 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos Pfizer, Sinovac atau AstraZeneca, atau vaksin dos tunggal Cansino.

Keseluruhannya lebih 46.04 juta dos diberikan dengan semalam sahaja sebanyak 153,736 individu melengkapkan vaksinasi, manakala 55,798 menerima dos pertama.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
16 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
9 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok