9 syarikat pengilangan asing tamat operasi akibat Covid-19

October 6, 2021 · Isu semasa

Sebanyak sembilan syarikat pengilangan asing telah menamatkan operasi masing-masing di negara ini bagi tempoh Mac 2020 hingga Mei 2021 berikutan impak pandemik Covid-19 yang telah mengubah lanskap pelaburan dunia termasuk Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong berkata kilang tersebut membabitkan sektor termasuk tekstil, besi keluli dan jentera, bahan kimia, bahan binaan, elektrik dan elektronik.

Menurutnya, antara faktor yang dikenal pasti bagi penamatan (operasi) itu adalah penguncupan ekonomi global akibat pandemik, kelemahan pasaran akibat penurunan jualan dan permintaan di luar negara.

“Faktor lain adalah peningkatan kos operasi pengeluar sama, tiada permintaan bagi produk dikeluarkan serta (pelaksanaan langkah) penstrukturan semula,” katanya lapor Bernama semasa sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai jumlah pelabur asing yang telah bertindak menamatkan perniagaan masing-masing ketika tempoh pandemik.

Ban Hong bagaimanapun menegaskan penutupan operasi kilang-kilang tersebut tidak menjejaskan Malaysia yang kekal sebagai destinasi pelaburan utama bagi pelabur di rantau ini.

Malah, katanya, ini terbukti apabila jumlah pelaburan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 melonjak sebanyak 69.8 peratus tahun ke tahun kepada RM107.5 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Daripada jumlah tersebut, pelaburan asing langsung (FDI) menyumbang RM62.5 bilion iaitu melonjak 214.9 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Selain itu, mengulas mengenai pelaburan syarikat tenaga solar China, Risen Energy Co Ltd di Kedah, Ban Hong berkata pelaburan tersebut akan dijalankan secara berperingkat dan merangkumi pelbagai aspek.

Menurutnya, ini berikutan bagi satu-satu pelaburan itu, jumlahnya bukan setakat pembelian aset tanah tetapi turut melibatkan pembelian aset mesin dan penggunaan teknologi tinggi berikutan syarikat berkenaan menggunakan teknologi solar yang canggih.

Beliau menjawab soalan tambahan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) mengenai pelaburan Risen Energy berjumlah RM42.2 bilion bagi tempoh 15 tahun dan sama ada angka itu bagi tahun pertama serta kewajaran pelaburan yang melibatkan kawasan seluas 48 ekar atau pada RM880 juta seekar.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok