
Kluster pendidikan, majoriti melibatkan pelajar sekolah, dikesan sejak 1 Januari 2022, susulan pembukaan sesi penggal ketiga persekolahan 2021/2022.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada 14 kluster baharu Covid-19 yang dikesan semalam, sembilan melibatkan kategori pendidikan, tempat kerja (empat), dan kumpulan berisiko tinggi (satu).
Tiga daripada kluster pendidikan itu dilaporkan di Sabah; Kuala Lumpur (dua); dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Kelantan, Johor serta Selangor, lapor KKM menerusi laman sesawangnya Covidnow.
Kluster pendidikan di Sabah melibatkan:
- Kluster Jalan Gudon, Kota Kinabalu – 22 kes;
- Kluster Madai 2, Kunak – 40 kes; dan
- Kluster Jalan Getah, Kunak – 22 kes.
Di Kuala Lumpur, kluster pendidikan membabitkan:
- Kluster Taman Bukit Pantai 2, Lembah Pantai – 12 kes; dan
- Kluster Jalan Pantai Endah, Lembah Pantai – 16 kes.
Kluster Mengkuang Bukit Mertajam di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pula membabitkan enam kes, diikuti Kluster Jalan Pasar Peringat 2 di Kota Bharu, Kelantan (lima kes).
Kluster Jalan Tun Ibrahim di Kota Tinggi, Johor pula melibatkan 13 kes; dan Kluster Jalan Hijau, Gombak, Selangor (14 kes).
Sementara itu, empat kluster tempat kerja masing-masing dilaporkan di Terengganu, Sabah dan Kuala Lumpur melibatkan 151 jangkitan, manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dicatat di Kelantan dengan 11 kes positif Covid-19.