9 kematian, terendah sejak April 2021

January 19, 2022 · Isu semasa

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam turun ke paras terendah dengan catatan satu digit, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Hanya sembilan kes kematian direkodkan semalam, terendah sejak hampir sembilan bulan, dengan kali terakhir jumlah paling sedikit dicatat pada 23 April 2021 sebanyak lapan kes.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kematian di seluruh negara sejak wabak Covid-19 melanda negara awal 2020 lalu adalah sebanyak 31,818 kes, termasuk 6,417 kes kematian yang belum sempat mendapat rawatan di hospital atau ‘brought in death’ (BID).

Berdasarkan statistik dikeluarkan KKM menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi, tiada kes kematian dilaporkan di 10 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Negeri sifar kematian semalam ialah Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sementara Melaka, Pahang dan Selangor masing-masing merekodkan dua kes kematian, diikuti masing-masing satu di Kelantan, Sabah dan Terengganu.

Sehingga semalam, 10 negeri kekal merekodkan jumlah kematian melebihi 1,000, dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi sebanyak 10,023 kes.

Ia diikuti Johor sebanyak 3,894 kematian; Sabah (2,810); Kuala Lumpur (2,692); Kedah (2,180); Pulau Pinang (1,763); Sarawak (1,620); Perak (1,420); Negeri Sembilan (1,329); dan Kelantan (1,268).

Sehingga semalam negara merekodkan 2,813,934 kes positif dengan 2,741,355 pesakit telah sembuh dan 40,761 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 33,809 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,994 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC); 2,775 dimasukkan ke hospital; dan 183 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 84 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, berdasarkan statistik Covidnow, PKRC di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kembali menempatkan pesakit.

Sejak Oktober tahun lalu, tiada angka pesakit di PKRC Kuala Lumpur ditunjukkan di dalam Covidnow, namun semalam 119 pesakit dicatat di pusat rawatan itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok