9 kematian, kes aktif terus naik

February 8, 2022 · Isu semasa

Sembilan lagi kematian akibat komplikasi Covid-19, termasuk dua kes meninggal dunia di luar hospital atau ’brought in death’ (BID), direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal penularan wabak itu di negara ini pada Februari 2020 lalu meningkat kepada 32,043 kes, termasuk 6,466 kes BID, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Sejak seminggu lalu, 24.3 peratus daripada jumlah kematian itu melibatkan pesakit berusia 60 hingga 69 tahun; diikuti 22.9 peratus (80 tahun ke atas); 18.6 peratus (70-79 tahun); 15.7 peratus (40-49 tahun); 12.9 peratus (50-59 tahun); 4.3 peratus (30-39 tahun); 1.4 peratus (5-11 tahun).

Semua kematian semalam dilaporkan di enam negeri iaitu empat di Perak, dan masing-masing satu di Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang serta Selangor.

Jumlah kematian di Perak kini meningkat kepada 1,448 kes, termasuk 191 kes BID.

Sehingga semalam negeri itu merekodkan 134,975 kumulatif positif dengan 131,357 pesakit telah sembuh, manakala 2,170 kes masih aktif, dengan 1,841 menjalani kuarantin di rumah; PKRC (46); hospital (269); dan 14 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk sembilan daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kelmarin, seramai 1,655,047 atau 88.9 peratus individu dewasa di Perak telah lengkap divaksinasi, 1,673,329 atau 89.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 800,667 atau 43.0 peratus diberi suntikan dos penggalak.

Sebanyak 22 daripada 417 kluster yang dikesan di negeri itu juga dilaporkan masih aktif, dengan 14 daripadanya melibatkan pendidikan; tempat kerja (empat); komuniti (dua); dan masing-masing satu kluster keagamaan serta kumpulan berisiko tinggi.

Sehingga semalam negara merekodkan 2,925,254 kumulatif positif dengan 2,818,650 atau 96.4 peratus pesakit telah pulih, dan 74,561 kes masih aktif, meningkat 4,989 pesakit berbanding pada Ahad.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 65,566 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 4,695 ditempatkan di PKRC; 4,165 dimasukkan ke hospital; dan 135 pesakit dirawat di ICU, dengan 81 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 7 Februari 2022.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Strok haba, KKM sahkan satu kematian di Kelantan
April 28, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
54 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
2 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok