9 juta dos penggalak sudah diberikan: Khairy

January 14, 2022 · Isu semasa

Hampir sembilan juta dos penggalak Covid-19 sudah diberikan setakat malam tadi (11.59 malam), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau menjangkakan jumlah itu akan melepasi 10 juta minggu depan kerana kerajaan sedang meningkatkan usaha menggalakkan lebih ramai individu mendapatkan suntikan dos penggalak, lapor Bernama hari ini.

“Hasil daripada program dos penggalak dipercepatkan, ditambah dengan prosedur operasi standard (SOP), kapasiti hospital kekal terkawal walaupun terdapat lonjakan kes import Omicron,” katanya dalam ciapan akaun Twitter beliau.

Mengambil contoh Sarawak, Khairy berkata negeri itu merekodkan kes harian melebihi 3,000 sebelum memulakan program suntikan dos penggalak pada Oktober lepas.

“Kes harian kini sudah menurun kepada dua angka, dengan setiap penunjuk turun melebihi 90% sejak September. Dapatkan dos penggalak,” katanya.

Minggu lepas, Khairy berkata empat pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 mega di Lembah Klang akan mula beroperasi esok untuk menawarkan suntikan dos penggalak dalam usaha meningkatkan kadar pengambilan bagi dos ketiga itu.

Empat PPV mega itu adalah PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), PPV Axiata Arena Bukit Jalil, PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkal, Klang.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok