9 hakim dapati Najib bersalah, terimalah keputusan: NGO Melayu

August 28, 2022 · Isu semasa

Sembilan hakim mahkamah telah membuat keputusan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC), kata sebuah pertubuhan (NGO) Melayu hari ini.

Sehubungan itu, Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor mengingatkan bahawa hukuman yang diterima bekas Presiden UMNO itu perlu dijadikan pengajaran, terutama oleh pemimpin Melayu supaya tidak terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah.

Pengerusinya Datuk Abd Rahman Mohd Yunos berkata, mereka perlu sedar dan mengambil iktibar bahawa tiada pemimpin yang kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terbukti bersalah.

“Mereka yang salah tetap salah… semua kena akur… jangan dipertikaikan. Mahkamah sudah membuat keputusan menerusi sembilan hakim, ini (dilakukan demi) menegakkan Rukun Negara dan kedaulatan undang-undang.

“Kalau kita tidak hormat (keputusan mahkamah berhubung kes Najib), apa maknanya kita ada Rukun Negara dan undang-undang,” katanya memetik Warta Rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Pemberian Sumbangan Kepada Anak Yatim di Bandar Seri Alam, Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir Naib Pengerusi Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor, Zamrin Hamzah dan Ketua Penerangannya, Datuk Jamali Paiman.

Untuk rekod sembilan hakim yang dimaksudkan itu ialah:

Mahkamah Tinggi:
1. Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mahkamah Rayuan:
2. Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil;
3. Hakim Datuk Has Zanah Mehat; dan
4. Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Mahkamah Persekutuan:
5. Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat;
6. Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim;
7. Hakim Datuk Nalini Pathmanathan;
8. Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan
9. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan Mahkamah Tinggi ke atas Najib setelah didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC.

Sementara itu, Abd Rahman melahirkan rasa sedih kerana pemimpin Melayu terus bercakaran dan berebut kuasa daripada membela nasib rakyat terutama orang Melayu yang masih ketinggalan dan miskin.

Katanya, mereka mengutamakan kepentingan diri dan kelompok mereka tanpa memikirkan apa yang sedang berlaku terutama senario negara ketika ini.

Menerusi Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor, beliau berkata, semua pemimpin politik daripada UMNO, Bersatu, PAS dan PKR disatukan dan menjadi ahlinya.

Sementara itu, dalam ucapannya beliau mendakwa, orang Melayu masih dijajah minda mereka walaupun negara sudah mengecap kemerdekaan selama lebih 65 tahun.

Itu sebabnya kata beliau, mereka masih terus bergaduh sesama sendiri yang akhirnya merugikan malah tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Berita berkaitan
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023· Isu semasa
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Sampai bila UMNO hanya mahu jadi penumpang kuasa: Tajuddin
August 29, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
30 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok