8,940 kakitangan kesihatan positif, jadi kontak rapat kes Covid-19

February 17, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dalam tempoh tahun ini seramai 8,940 kakitangan kesihatan telah dijangkiti atau menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Jumlah itu meningkat daripada 284 kes pada minggu pertama 2020 kepada 3,343 kes pada minggu keenam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehingga 16 Februari 2022, seramai 5,711 kakitangan kesihatan tidak hadir bertugas kerana positif Covid-19 dan 3,119 pekerja lagi tidak hadir kerana disahkan sebagai kontak rapat, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Secara keseluruhannya, ini membentuk kira-kira 3.1 peratus daripada jumlah tenaga kerja di KKM,” katanya.

Beliau juga memaklumkan sehingga kini sebanyak 80.3 peratus daripada kakitangan kesihatan di seluruh negara telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Secara amnya, pada masa ini 93.3 peratus daripada keseluruhan pesakit Covid-19 berada di bawah pengasingan rumah dengan pengawasan susulan dilakukan secara digital.

Dr Noor Hisham berkata KKM telah mengambil langkah untuk memastikan gangguan minimum terhadap perkhidmatan dan penjagaan pesakit Covid-19 dan pesakit bukan Covid.

Menurutnya, langkah-langkah yang perlu dan dasar penyesuaian telah diperkenalkan berdasarkan data dan amalan semasa yang tersedia di negara lain.

KKM juga katanya bekerjasama dengan fasiliti penjagaan kesihatan swasta untuk membantu dalam pengurusan pesakit Covid-19.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Cegah risiko buruk cuaca panas
May 9, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok