[KEMAS KINI] 894 pesakit di ICU, kematian 74

June 18, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 74 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, seramai 894 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 451 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 6,861 manakala kes aktif terkini ialah 65,602,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 6,440 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif sebanyak 685,204 kes.

Dr Noor Hisham juga berkata dalam tempoh sama 23 kluster baharu dikesan, kebanyakannya membabitkan tempat kerja menjadikan keseluruhan kluster sebanyak 2,580 dengan 810 masih aktif.

Beliau berkata, lapan daripada kluster berkenaan dikesan di Selangor membabitkan kluster tempat kerja, khususnya melibatkan kilang perindustrian, dan kumpulan berisiko tinggi.

Johor pula merekodkan tiga kluster baharu tempat kerja diikuti masing-masing dua kluster tempat kerja, komuniti dan pusat tahanan di Melaka, Kuala Lumpur, Sarawak dan Perak, serta masing-masing satu kluster komuniti di Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Data 18 Jun 2021

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
2 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
3 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
9 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
17 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok