89 daripada 309 kes semalam libatkan kluster, sifar kematian

January 23, 2023 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 22 Januari 2023) naik sedikit kepada 309 kes berbanding 293 yang direkodkan pada Sabtu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencatatkan kes baharu semalam.

Data laman sesawang KKM yang dikemas kini tengah malam tadi juga menunjukkan jangkitan semalam turut melibatkan 89 kes yang berkaitan kluster pusat jagaan dan pusat pemulihan di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan bahawa 18 kes semalam turut melibatkan 15 kanak-kanak, turun berbanding 18 yang dilaporkan pada Sabtu, dengan tujuh membabitkan usia 0 hingga empat tahun, dan 8 kes (lima hingga 11 tahun).

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 170 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 80 (individu yang lengkap divaksinasi); lima kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 54 kes (individu tidak divaksinasi).

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,034,830 dengan 4,987,561 pesakit telah sembuh, termasuk 292 yang pulih semalam.

KKM juga memaklumkan sehingga semalam 10,337 kes masih aktif, naik semula berbanding 10,320 yang dicatat pada Sabtu dan 10,355 pada Jumaat.

Sementara, 9,943 pesakit kini masih menjalani kuarantin di rumah (9,942 pada Sabtu). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.

Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital meningkat semula kepada 381 kes berbanding 366 pada Sabtu.

Seramai 13 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (12 pada Sabtu), dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:

  • Selangor – 85 (1,547,707);
  • Kuala Lumpur – 51 (467,752);
  • Sabah – 3 (406,770);
  • Johor – 14 (398,159);
  • Sarawak – 13 (324,210);
  • Kedah – 12 (318,484);
  • Pulau Pinang – 89 (307,428);
  • Kelantan – 1 (260,016);
  • Perak – 5 (238,873);
  • Negeri Sembilan – 14 (230,861);
  • Pahang – 2 (182,584);
  • Melaka – 9 (144,776);
  • Terengganu – 6 (132,912);
  • Putrajaya – 5 (32,361);
  • Labuan – 0 (22,952); dan
  • Perlis – 0 (18,985).

Sementara itu tiada pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam.

Ini menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara kekal kepada 36,929 mangsa, termasuk 7,866 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok