89.7 peratus individu dewasa lengkap divaksin

October 10, 2021 · Isu semasa

Individu dewasa yang lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal kini mencecah 89.7 peratus atau 21,003,074 penerima.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sehingga semalam, 9 Oktober 2021, sebanyak 94.7 peratus atau 22,176,018 individu dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja sebanyak 83,443 dos vaksin Covid-19 diberikan membabitkan 75,207 individu dewasa melengkapkan suntikan, manakala 8,236 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan sebanyak 43,067,793 dos vaksin telah diberikan kepada golongan itu sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu.

Sementara itu, 6.5 peratus atau 204,536 remaja berusia 12 hingga 17 Tahun melengkapkan suntikan kedua vaksin, manakala 71.5 peratus atau 2,248,867 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, sebanyak 58,454 dos diberikan, membabitkan 27,507 melengkapkan dos masing-masing, manakala 30,947 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 2,453,403 dos vaksin diberikan kepada golongan itu sejak 20 September lalu.

KKM dalam kemas kini laman sesawang COVIDNOW tengah malam tadi memaklumkan, secara keseluruhannya sejak Februari hingga semalam, sebanyak 45,521,196 dos diberikan kepada semua golongan penduduk.

Daripada jumlah itu, 64.9 peratus atau 21,207,610 individu melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, sementara 74.8 peratus atau 24,424,885 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja sebanyak 141.897 dos diberikan di seluruh negara membabitkan 102,714 penerima melengkapkan vaksinasi dan 39,183 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
15 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok