89.4 peratus individu dewasa lengkap divaksin

October 9, 2021 · Isu semasa

Jumlah individu dewasa yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam meningkat kepada 89.4 peratus atau 20,927,867 individu, semakin mendekati sasaran 90 peratus bagi membolehkan rentas negeri dilaksanakan.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu sehingga semalam juga 94.7 peratus atau 22,166,911 individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kemas kini laman sesawang COVIDNOW turut memaklumkan sehingga kini lebih 42.98 juta dos vaksin telah diberikan kepada golongan itu dengan semalam sahaja sebanyak 84,155 dos diberikan.

Mengenai PICK Remaja yang dilancarkan sejak 20 September lalu, sehingga semalam 5.6 peratus atau 177,029 remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin.

Seramai 2,217,920 atau 70.4 peratus remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan keseluruhannya lebih 2.39 juta dos vaksin diberikan kepada golongan itu.

Semalam sahaja sebanyak 90,665 dos vaksin diberikan membabitkan 29,091 remaja melengkapkan suntikan kedua, manakala 61,574 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhannya, sehingga semalam lebih 45.37 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini.

Daripada jumlah itu, 64.6 peratus atau 21,104,896 penerima melengkapkan suntikan masing-masing sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Seramai 24,384,831 atau 74.6 peratus individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dengan semalam sahaja sebanyak 174,820 dos diberikan.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran merentas negeri akan dilaksanakan serentak di seluruh negara sebaik sahaja kadar peratusan vaksinasi individu dewasa mencecah 90 peratus.

“Tunggulah saya umum, suspens sikitlah, kita tunggu, tapi dah tak lama dah… saya yakin tak lama, kita tunggulah… sehari, dua hari, tiga hari ke tak tahulah,” katanya selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri Kuala Lumpur, semalam.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
16 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
9 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
9 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok