881,602 kanak-kanak di Malaysia sudah lengkap vaksin

May 6, 2022 · Isu semasa

Sejumlah 881,602 atau 24.8 peratus kanak-kanak berumur lima dan 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNOW, sebanyak 1,538,685 kanak-kanak atau 43.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut, lapor Bernama.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,895,394 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,097 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,038,512 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,541 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,696 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 11,121 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,959 dos pertama, 7,539 dos kedua dan 1,623 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,345,153.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan satu kes masing-masing di Negeri Sembilan dan Perak.

Jumlah berkenaan adalah angka terendah direkodkan selepas kali terakhir angka sama direkodkan pada 16 April tahun lepas.

Berita berkaitan
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Keadaan banjir semakin buruk, ada kanak-kanak lemas dan jalan ditutup
March 2, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok