879,264 kanak-kanak terima satu dos

March 1, 2022 · Isu semasa

Kadar imunisasi Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Malaysia masih rendah, dengan dua negeri – Kelantan dan Terengganu – masih tidak melepasi 10 peratus, menurut statistik Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan 3 Februari lalu hingga semalam, hanya 19,913 atau 7.3 peratus kanak-kanak di Kelantan menerima dos pertama vaksin, manakala 15,766 atau 8.8 peratus di Terengganu.

Keseluruhannya, seramai 879,264 atau 24.8 peratus kanak-kanak Malaysia menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, dengan semalam sahaja sebanyak 31,925 dos diberikan kepada golongan itu.

Bagi populasi dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, seramai 22,949,368 atau 97.5 peratus individu telah lengkap divaksinasi, manakala 23,229,321 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Dos Penggalak (PICK-B) bermula secara rasmi pada 1 Oktober 2021, seramai 14,660,956 atau 62.3 peratus individu dewasa telah menerima dos ketiga vaksin Covid-19.

Sementara itu, sejak 8 September 2021, seramai 2,801,180 atau 90.0 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,896,290 atau 93.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari 2021 lalu hingga semalam, sebanyak 67,208,978 dos telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, seramai 25,750,548 atau 78.9 peratus populasi telah lengkap divaksinasi, manakala 27,004,875 atau 82.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
9 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
9 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok