[KEMAS KINI] Kes di 4 negeri naik, Selangor kekal tertinggi

October 9, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun kepada 8,743 kes berbanding 9,751 kes yang direkodkan dalam tempoh sama semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak virus Covid-19 mula menular di negara ini awal tahun lalu meningkat kepada 2,332,221 kes.

Sementara itu, tidak seperti kebiasaan sejak awal pandemik beliau memaklumkan perkembangan terkini jangkitan termasuk pecahan kes mengikut negeri sekitar jam 2 petang, dalam laman sosial Facebook (FB) rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), Twitter dan FB beliau, hari ini tiada data yang diberikan.

Sebaliknya beliau memaklumkan semua pecahan kes mengikut negeri hanya akan dimaklumkan menerusi laman sesawang COVIDNOW kendalian KKM yang dilancarkan 9 September lalu.

Berdasarkan maklumat terbaharu dikeluarkan KKM, dalam tempoh 24 jam itu empat negeri merekodkan peningkatan kes harian.

Sabah merekodkan 761 kes baharu berbanding 705 semalam, diikuti Perak dengan 724 jangkitan baharu (643 semalam); Pahang (553 kes baharu, 551 semalam); dan Melaka (289 kes baharu, 244 semalam).

Sementara itu, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 1,351 kes baharu, walaupun turun berbanding 1,796 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang COVIDNOW untuk mendapat maklumat lanjut berhubung semua kes berkaitan Covid-19 di Malaysia.

Sehingga jam 4 petang ini laman sesawang COVIDNOW tidak dikemas kini dengan data kes terbaharu dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
9 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok