87.9 peratus remaja lengkap divaksin

January 9, 2022 · Isu semasa

Kadar vaksinasi bagi keseluruhan populasi di Malaysia kini mencapai 78.5 peratus apabila sehingga semalam seramai 25,645,200 individu berusia 12 tahun dan ke atas telah lengkap menerima vaksin Covid-19 masing-masing.

Daripada keseluruhan lebih 59.16 juta dos vaksin yang telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021, seramai 26,021,274 atau 79.7 peratus individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawangnya Covidnow turut memaklumkan seramai 7,696,037 individu, khususnya mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, telah menerima dos penggalak masing-masing.

Sementara itu, kadar vaksinasi dalam kalangan populasi dewasa pula terus menghampiri 100 peratus apabila seramai 22,879,927 individu atau 97.7 peratus telah lengkap divaksinasi

Data Covidnow juga menunjukkan seramai 23,165,398 atau 98.9 peratus lagi individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

KKM turut memaklumkan seramai 5,621,149 remaja berusia antara 12 dan 17 tahun telah menerima suntikan vaksin, sejak dilancarkan 8 September tahun lalu.

Daripada jumlah itu seramai 2,765,273 atau 87.9 peratus remaja telah lengkap divaksin, manakala 2,855,876 atau 90.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Data juga menunjukkan vaksin Pfizer merekod penggunaan sebanyak 56.9 peratus, diikuti Sinovac (35.4 peratus); AstraZeneca (7.4 peratus); dan Cansino (0.3 peratus).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok