87.7 peratus remaja lengkap divaksin

January 5, 2022 · Isu semasa

Lebih 5.61 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK-Remaja) dilancarkan pada 8 September 2021 hingga semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu seramai 2,760,090 atau 87.7 peratus remaja telah lengkap divaksinasi.

“Sementara 90.6 peratus atau 2,851,195 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos,” menurut KKM menerusi kemas kini laman sesawang Covidnow pagi ini.

Bagi populasi dewasa, KKM berkata sejak 24 Februari 2021 hingga semalam seramai 22,868,434 atau 97.7 peratus individu telah lengkap divaksinasi.

Manakala, 23,158,375 atau 98.9 peratus lagi populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Sejak dilancarkan Oktober lalu, seramai 6,865,812 individu, terutama warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta petugas barisan hadapan telah menerima suntikan dos penggalak,” kata KKM.

Keseluruhannya lebih 58.3 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk Malaysia, termasuk warganegara asing, sejak Februari tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 78.5 peratus atau lebih 25.62 juta individu telah lengkap divaksinasi, dan 79.7 peratus atau lebih 26.0 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
17 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok