87.2 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, remaja 3.0 peratus

Jumlah populasi dewasa yang telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam 2 Oktober 2021 mencapai 87.2 peratus atau 20,418,495 individu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Statistik laman sesawang KKM mengenai Covid-19, COVIDNOW, juga menunjukkan 94.3 peratus atau 22,070,545 individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan sejak Februari hingga semalam, 42,386,425 dos sudah diberikan kepada golongan itu dengan semalam sahaja sebanyak 110,224 dos, membabitkan 100,652 individu melengkapkan vaksinasi masing-masing, manakala 9,572 lagi menerima dos pertama.

Bagi PICK Remaja pula, sehingga semalam, 3.0 peratus atau 92,949 remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan dos kedua masing-masing, manakala 53.0 peratus atau 1,666,131 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sehingga kini, 1,759,080 dos telah diberikan kepada golongan remaja dengan semalam sahaja 101,293 dos diberikan, membabitkan 21,170 remaja melengkapkan suntikan kedua, manakala 80,123 lagi menerima dos pertama. Sebanyak 47.0 peratus lagi remaja belum divaksin.

Secara keseluruhannya, sebanyak 44,145,505 dos diberikan kepada semua populasi penduduk, membabitkan 62.8 peratus atau 20,511,444 individu melengkapkan dos masing-masing, manakala 72.7 peratus atau 23,736,676 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja sebanyak 211,517 dos diberikan membabitkan 121,822 individu melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, manakala 89,695 lagi menerima dos pertama.

Data 2 Oktober 2021.

Kematian

Sementara itu statistik COVIDNOW menunjukkan jumlah kematian dalam tempoh 24 jam semalam turun kepada 109 kes berbanding 121 kematian yang dilaporkan pada Jumaat – penurunan untuk hari keenam berturut-turut.

Menurut statistik KKM, kes kematian mulai turun pada 27 September apabila merekodkan 258 kes, berbanding 278 yang dicatat pada 26 September.

Kes kematian terus turun pada 28 September apabila merekodkan 240 kes, diikuti 208 kes pada 29 September, dan 192 kes (30 September).

Jumlah terbaharu semalam menjadikan kumulatif sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada awal Mac tahun lalu meningkat kepada 26,565 kes.

Jumlah itu termasuk 5,340 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID). Semalam 33 kes BID dilaporkan di seluruh negara.

Sementara itu, tujuh negeri mencatat peningkatan kes kematian semalam dengan Pulau Pinang merekodkan 18 kes berbanding 6 kes pada Jumaat, diikuti Perak (10 kes semalam, 7 kes Jumaat); dan Terengganu (9 kes semalam, dua kes Jumaat).

Kedah pula merekodkan lapan kematian semalam, berbanding enam pada Jumaat; Pahang (4 kes semalam, 1 kes Jumaat); dan Negeri Sembilan serta Melaka yang masing-masing mencatat satu kematian semalam, berbanding sifar pada Jumaat.

Kes aktif

Jumlah kes Covid-19 yang masih aktif di seluruh negara sehingga semalam turun lagi kepada 155,350 pesakit berbanding 160,413 kes yang dilaporkan pada Jumaat. Kes aktif turut sejak beberapa hari lalu dengan 164,536 kes dilaporkan sehingga Khamis, 169,718 (Rabu); dan 174,492 (Selasa).

Jumlah pesakit yang menjalani kuarantin di rumah juga terus turun sejak beberapa hari lalu. Sehingga semalam seramai 128,350 menjalani kuarantin kendiri di rumah berbanding 132,642 pesakit yang dicatat pada Jumaat, 136,436 (Khamis); 140,598 (Rabu); dan 144,631 (Selasa).

Sementara itu jumlah pesakit yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di seluruh negara sehingga semalam juga turun kepada 18,088 kes berbanding 18,216 kes pada Jumaat.

KKM juga memaklumkan sehingga semalam 8,495 pesakit masih dirawat di hospital seluruh negara, turun berbanding 8,655 pesakit yang direkodkan pada Jumaat.

Daripada jumlah itu seramai 1,251 pesakit dirawat di hospital seluruh Johor, turun berbanding 1,299 yang direkodkan pada Jumaat, diikuti Selangor (1,234 pesakit semalam, 1,252 Jumaat); Sarawak (1,018 semalam, 1,062 Jumaat); Sabah (968 semalam, 991 Jumaat); dan Kelantan (772 semalam, 807 Jumaat).

Perak (712 pesakit semalam, 718 Jumaat); Pulau Pinang (513 semalam, 509 Jumaat); Kedah (401 semalam, 373 Jumaat); Pahang (392 semalam, 379 Jumaat); Kuala Lumpur (307 semalam, 319 Jumaat); Terengganu (298 semalam, 291 Jumaat); Negeri Sembilan (242 semalam, 233 Jumaat); Melaka (175 semalam, 197 Jumaat); Perlis (149 semalam, 166 Jumaat); dan Putrajaya (63 semalam, 59 Jumaat).

Unit Rawatan Rapi (ICU)

Seramai 890 pesakit sedang dirawat di ICU sehingga semalam, termasuk 485 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Jumlah itu turun berbanding 900 pesakit yang direkodkan di ICU pada Jumaat.

Selangor mencatat jumlah tertinggi pesakit di ICU membabitkan 147 kes, diikuti Sabah (124 kes); Sarawak (107); Perak (87); Pulau Pinang (79); Johor dan Kedah masing-masing 72 pesakit; Kelantan (65); Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing 37 pesakit; Pahang (25); Terengganu (21); Negeri Sembilan (lapan); Perlis (enam); Putrajaya (dua); dan Labuan (satu).

Kes baharu

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam turun ke paras terendah apabila merekodkan 10,915 kes, berbanding 11,889 kes yang dicatat pada Jumaat.

Jumlah terendah dalam tempoh sebulan lalu pernah direkodkan ialah sebanyak 10,959 kes yang dicatat pada 27 September lalu.

Angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan jangkitan sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,268,499 kes.

Kadar kebolehjangkitan

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 2 Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.89.

Negeri yang mencatat Rt tertinggi ialah Perlis iaitu Rt 1.05 dan Putrajaya 1.00. Negeri-negeri lain merekodkan Rt antara 0.84 hingga 0.99.

Kluster baharu

KKM memaklumkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam hanya 10 kluster baharu dikesan di seluruh negara, membabitkan seramai 333 individu positif Covid-19.

Jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhannya 5,501 kluster dengan 4,457 telah ditamatkan manakala 1,044 masih aktif.

Kes sembuh

Seramai 15,396 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan kumulatif keseluruhan sejak awal tahun lalu hingga semalam kepada 2,086,111 kes, atau 92.0 peratus daripada keseluruhan kes positif.

BERITA BERKAIT
POPULAR