86.9 peratus populasi remaja di Malaysia lengkap vaksinasi

Sebanyak 2,735,048 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNOW, sebanyak 2,839,145 individu atau 90.2 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, lapor Bernama.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,758,472 individu atau 97.2 peratus telah melengkapkan

vaksinasi manakala 23,078,880 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 123,868 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 3,930 dos pertama, 6,613 dos lengkap serta 113,325 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,748,772 dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR