851 pesakit Covid-19 di ICU

October 6, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi bertambah sebanyak lima kes berbanding jumlah yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu seramai 851 pesakit dirawat di ICU berbanding 846 pesakit yang dilaporkan semalam.

Beliau berkata daripada jumlah itu 800 kes disahkan positif Covid-19 manakala 51 kes lagi disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan KKM.

Menurutnya, seramai 447 pesakit, termasuk 348 yang disahkan dijangkiti Covid-19, memerlukan alat bantuan pernafasan.

Rekod COVIDNOW menunjukkan sehingga semalam 846 pesakit dirawat di ICU dengan 142 pesakit di Selangor; Sabah (132); Sarawak (109); Perak (83); Pulau Pinang (82); Johor (67); Kelantan (57); Kedah (53); Kuala Lumpur (37); Melaka (26); Terengganu (23); Pahang (19); Negeri Sembilan (lapan); Perlis (enam); Putrajaya (dua); dan Labuan 0.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh sama juga seramai 13,045 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,144,681 kes atau 93.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,303,837 kes positif.

Mengenai jangkitan baharu hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan daripada 9,380 kes yang dikesan, 617 membabitkan rakyat asing, serta 13 kes import.

“Daripada kes harian yang dilaporkan 181 kes atau 1.9 peratus) adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5; dan 9,199 kes (98.1 peratus) lagi adalah kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Statistik 5 Oktober 2021.

Beliau turut memaklumkan 11 lagi kluster baharu direkodkan hari ini, membabitkan lima kluster tempat kerja, komuniti (lima) dan satu kumpulan berisiko tinggi, menjadikan keseluruhannya 5,547 kluster yang dikesan sejak tahun lalu.

Sebanyak 4,615 kluster telah ditamatkan dan kini terdapat 932 kluster yang masih aktif,” katanya.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini, Kelantan kekal dengan jumlah kluster terbanyak membabitkan empat kluster komuniti dan masing-masing satu kluster tempat kerja, serta kumpulan berisiko tinggi

Empat kluster komuniti di Kelantan direkodkan Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh dan Pasir Mas, membabitkan keseluruhan 32 individu yang positif.

Kluster tempat kerja yang dikesan di Kelantan melibatkan jangkitan merebak di daerah Pasir Mas, Tumpat, Machang dan Kota Bharu membabitkan lapan individu daripada 32 yang disaring, manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Pasir Mas dan Kota Bharu dengan tujuh individu dijangkiti Covid-19.

Johor pula merekodkan tiga kluster tempat kerja di Johor Bahru dan Tangkak membabitkan 52 individu, dan satu kluster di Hulu Selangor melibatkan 23 individu daripada 80 yang telah disaring.

Sementara itu, Negeri Sembilan turut merekodkan satu kluster komuniti di Kuala Pilah dan Jelebu yang melibatkan 20 individu dijangkiti Covid-19 daripada 38 yang disaring.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok