85 kes positif Covid-19 di Parlimen: KP Kesihatan

August 6, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 85 kes positif Covid-19 yang ada kaitan dengan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang diadakan pada 26 Julai hingga 29 Julai 2021 lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 56 daripada kes berkenaan dikenal pasti hasil saringan pra-Dewan Rakyat dan empat kes kontak rapat.

Sebanyak 17 kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat – sembilan kes telah dilaporkan sebelum ini dan lima kes baharu dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021 serta tiga kes kontak rapat – dan lapan kes saringan Pra-Dewan Negara.

Setakat ini, katanya enam sampel yang berkemungkinan besar adalah varian Delta telah dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

“Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh (whole genomic sequencing) dan masih menunggu keputusan akhir,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pada masa sama beliau berkata, daripada lapan kes yang baharu yang dilaporkan antara 30 Julai hingga semalam, lima daripadanya mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) RT-PCR antara 18.00 hingga 27.68, dan tiga kes dengan CT value antara 35.14 sehingga 37.59.

“Empat kes mempunyai gejala ringan dan selebihnya tidak bergejala. Tujuh kes positif telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, dan satu kes kanak-kanak berusia tujuh tahun iaitu kontak rapat yang belum layak mendapat vaksin,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata hasil siasatan KKM setakat ini mendapati bahawa besar kemungkinan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan Covid-19 di Parlimen.

“KKM akan terus memantau status kesihatan semua kes positif Covid-19 ini, kontak rapat dan kes baharu yang lain kerana kemungkinan akan dilaporkan kerana masih dalam tempoh inkubasi.

“Justeru, adalah dinasihatkan supaya individu yang telah hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya bergejala jalani ujian saringan Covud-19 dan mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
August 11, 2022· Politik
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022· Politik
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022· Politik
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
2 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok