84 kematian semalam, kes aktif naik sedikit

Seramai 84 pesakit Covid-19 di seluruh negara dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, 26 Oktober 2021, turun sedikit berbanding 92 kes kematian yang dicatatkan pada Isnin.

Angka itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal tahun lalu hingga semalam mencecah 28,576 kes, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawangnya covidnow.moh.gov.my hari ini.

Jumlah itu termasuk pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID) seramai 5,771 kes. Semalam, sebanyak 20 lagi kematian BID dilaporkan di seluruh negara.

Daripada kematian terbaharu semalam, Sarawak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 19 kes, termasuk enam kes BID. Secara keseluruhan sejak awal tahun lalu negeri itu mencatat 1,239 kes kematian akibat Covid-19, termasuk 225 kes BID.

Sarawak juga mencatat jumlah kes keseluruhan kedua tertinggi di belakang Selangor sebanyak 237,492 positif, dengan 227,335 daripadanya telah sembuh, dan 9,188 kes masih aktif. Seramai 5,909 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 2,216 (PKRC), 956 (hospital), dan 107 (ICU).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan Sabah mencatat 16 kematian semalam, diikuti Perak (12 kes); Selangor (lapan); masing-masing tujuh kes di Johor dan Terengganu; Kedah (enam); dan Kelantan (lima kes).

Melaka, Pahang, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur pula masing-masing mencatat satu kes kematian, manakala tiada kes dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Labuan, dan Putrajaya.

Sementara itu, KKM turut memaklumkan sehingga semalam 73,258 kes masih aktif, naik 35 kes berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, 56,484 atau 77.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah, 9,580 ditempatkan di PKRC, 6,610 dirawat di hospital dan 584 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 305 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sepintas berkaitan Covid-19 di Malaysia sehingga 26 Oktober 2021.

BERITA BERKAIT
POPULAR