
Data sehingga 20 Disember 2022.
Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 20 Disember 2022) kekal tiga angka bagi empat hari berturut-turut, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Bagaimanapun, kes baharu semalam meningkat sedikit kepada 816 berbanding 721 yang dilaporkan pada Isnin, menurut data KKM yang dikemas kini tengah malam tadi.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,019,400 kes dengan 4,967,175 pesakit telah sembuh, termasuk 940 yang pulih semalam.
Dalam tempoh semalam juga sebanyak 581 kes melibatkan individu yang telah menerima vaksin dos penggalak; diikuti 148 kes individu lengkap divaksinasi; tiga kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 84 kes (individu tidak divaksinasi).
Rekod KKM juga menunjukkan sebanyak 15,411 kes masih aktif, turun berbanding 15,541 yang dicatat pada Isnin, manakala 14,455 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (14,812 pada Isnin). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, seramai 915 pesakit menerima rawatan di hospital, meningkat semula berbanding 685 pada Isnin, dan 41 dimasukkan ke unit rawatan rapi (44 pada Isnin), dengan 24 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (23 pada Isnin).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 383 (1,542,386)
- Kuala Lumpur – 46 465,571)
- Sabah – 37 (406,362)
- Johor – 16 (397,591)
- Sarawak – 79 (322,961)
- Kedah – 37 (317,631)
- Pulau Pinang – 34 (306,427)
- Kelantan – 13 (259,633)
- Perak – 31 (238,158)
- Negeri Sembilan – 28 (230,328)
- Pahang – 11 (182,169)
- Melaka – 67 (143,789)
- Terengganu – 13 (132,624)
- Putrajaya – 14 (31,949)
- Labuan – 4 (22,891)
- Perlis – 3 (18,930).
Sementara itu, seramai enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID) dilaporkan.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 meningkat kepada 36,814 mangsa, termasuk 7,845 kes BID.
Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Perak; Selangor (dua, termasuk satu kes BID); dan satu kes di Kedah.