81.5 peratus populasi dewasa sudah terima dos pertama vaksin Covid-19

August 28, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 61.1 peratus atau 14,297,962 daripada populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing, manakala 81.5 peratus atau 19,090,140 lagi menerima sekurang-kurangnnya satu dos suntikan.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini juga menunjukkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu hingga semalam, lebih 33.38 juta dos vaksin telah diberikan.

Dari segi populasi keseluruhan Malaysia, sebanyak 58.5 peratus individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, manakala 64 peratus lagi melengkapkan suntikan masing-masing.

Labuan mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 93.1 peratus daripada populasi dewasanya melengkapkan dos masing-masing, manakala 101.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Ini diikuti 88.7 peratus daripada populasi dewasa Lembah Klang, merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang telah melengkapkan dos masing-masing.

Menurut JKJAV, peratusan melebihi 100% disebabkan statistik kependudukan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia tidak mengambil kira perubahan populasi sejak banci akhir dan penduduk tanpa dokumen, serta vaksinasi kepada individu tanpa dokumen dan bukan pemastautin.

Semalam sahaja, sebanyak 344,900 dos vaksin Covid-19 diberikan di seluruh negara, membabitkan 141,492 dos pertama dan 202,408 penerima dos kedua.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
3 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok