800,000 data pengundi dijual?

November 12, 2022 · Isu semasa

Sebuah laman sesawang mendakwa lebih 800,000 data pengundi dalam pangkalan data sistem MySPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dijual.

Berdasarkan laporan di laman web lowyat.net, difahamkan terdapat lebih 800,000 pengguna di pangkalan data itu termasuk gambar swafoto dan MyKad yang menggunkan sistem elektronik Kenali-Pelanggan-Anda (e-KYC).

Menerusi ciapan di Twitter oleh pengguna Acailjawe, penjual mendakwa pangkalan data itu juga termasuk banyak butiran lain seperti nama penuh, nombor ID, alamat e-mel, tarikh lahir, kata laluan dan alamat penuh, menurut laporan BH.

Selain itu, ia juga mengandungi lebih daripada 1.6 juta imej eKYC dengan jumlah saiz fail 67GB.

Ciapan itu turut memaklumkan, penjual meminta sekitar RM9,401 (AS$ 2,000) dan secara khusus meminta untuk dibayar sama ada dalam mata wang kripto Bitcoin atau Monero.

Penjual itu juga mendakwa bahawa mereka memiliki daftar pengundi penuh dengan butiran 22 juta pemilih walaupun penyenaraian itu tertumpu semata-mata pada data eKYC sistem dalam talian MySPR.

Laman web itu memaklumkan walaupun ciapan Acaiijiwe menjadi tular semalam, penyenaraian itu berlaku pada bulan April berdasarkan lawatan mereka sendiri ke pasaran pangkalan data.

Malah katanya, pangkalan data MySPR disenaraikan jauh lebih awal daripada pangkalan data milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang sebenarnya dilakukan oleh penjual yang sama dan mencetuskan kekecohan besar pada Mei lalu.

Walaupun ia disenaraikan tujuh bulan lalu, bebenang MySPR secara amnya masih aktif kerana bebenang terakhir penjual berlaku semalam (kelmarin).

Katanya, tidak diketahui sama ada SPR mengetahui penyenaraian itu tetapi ia dilihat membimbangkan apabila penjual itu bukan sahaja masih terlepas walaupun episod JPN tetapi masih aktif mencari pembeli.

Sistem MySPR Daftar yang dilancarkan pada 2019 adalah sistem yang membolehkan orang ramai mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam talian menerusi laman web itu.

Walaupun pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dimulakan pada awal tahun ini, MySPR Daftar masih menggunakan sistem itu termasuk jika ingin menukar alamat mengundi.

Warga Malaysia yang menetap di luar negara, anggota pasukan keselamatan yang layak dan agensi barisan hadapan berkaitan yang perlu bertugas pada piihan raya juga masih perlu menggunakan sistem itu untuk membuat permohonan undi pos.

Sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran, pengguna perlu menyerahkan gambar MyKad mereka bersama swafoto yang memegang kad untuk pengesahan berasaskan e-KYC.

Ini juga terpakai kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun mereka perlu menunjukkan kad pengenalan tentera atau polis.

Sehingga kini SPR masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perkara ini dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani juga gagal dihubungi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Calon Perikatan Nasional di DUN Tioman meninggal dunia
November 19, 2022· Politik
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
PRU-15: Parlimen Padang Serai undi 7 Disember, bukan esok
November 18, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok