8 kematian kerana Covid semalam

June 28, 2022 · Isu semasa

Lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 27 Jun), termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Angka kematian semalam adalah yang tertinggi dalam tempoh 19 hari, sejak kali terakhir merekodkan sembilan kes pada 7 Jun lalu, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak dua pesakit pertama Covid-19 meninggal dunia di negara ini pada 17 Mac 2020 lalu, meningkat kepada 35,754 kes, termasuk 7,584 kes BID.

Kes kematian semalam melibatkan tiga di Johor, dan masing-masing satu di Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Sementara itu, KKM memaklumkan jangkitan harian Covid-19 semalam turun kepada 1,894 kes berbanding 2,003 kes pada Ahad.

Ini menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,558,558 kes, dengan 4,494,711 pesakit telah sembuh, termasuk 1,944 yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan semalam, 1,351 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; manakala, 364 kes membabitkan penerima dua dos; 158 kes (tidak menerima vaksinasi); dan 21 kes (belum lengkap divaksinasi).

Sehingga semalam kes aktif turun kepada 28,093 berbanding 28,151 yang dicatat pada Ahad, dengan 26,894 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, manakala 15 lagi dimasukkan ke PKRC.

Seramai, 1,150 pesakit pula menerima rawatan di hospital, meningkat berbanding 1,082 pada Ahad, manakala 34 oesakit kini dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 615 (1,387,209);
  • Johor – 72 (385,821);
  • Sabah – 123 (374,464);
  • Kuala Lumpur – 450 (369,199);
  • Sarawak – 34 (307,746);
  • Kedah – 49 (301,533);
  • Pulau Pinang – 169 (284,955);
  • Kelantan – 22 (248,295);
  • Negeri Sembilan – 124 (207,380);
  • Perak – 104 (206,585);
  • Pahang – 30 (172,301);
  • Terengganu – 30 (126,575);
  • Melaka – 56 (125,823);
  • Labuan – 1 (21,464);
  • Putrajaya – 4 (21,638); dan
  • Perlis – 11 (17,570).

Berita berkaitan
Calon, petugas ada gejaka influenza perlu pakai pelitup muka
August 3, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok