8 juta penduduk lengkapkan vaksin Covid-19

August 6, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian vaksin harian di seluruh negara kembali melepasi 500,000 dos berbanding empat hari lalu yang mencatatkan purata 480,000 dos sehari.

Suntikan vaksinasi Covid-19 harian mencatat angka melebihi 500,000 untuk enam hari berturut-turut bermula 27 Julai lalu hingga 1 Ogos. Bagaimanapun, jumlah itu turut sedikit bermula 2 Ogos sebelum melonjak semula melebihi 500,000 dos semalam.

Dalam tempoh 24 jam sehingga tengah malam tadi, sebanyak 514,674 suntikan telah diberikan membabitkan 220,839 penerima dos pertama dan 293,835 lagi melengkapkan suntikan masing-masing.

Selangor kekal menerima dos vaksin tertinggi berjumlah 110,034 dos membabitkan 28,875 dos pertama dan 81,159 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Lima lagi negeri merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Kuala Lumpur sebanyak 54,872 dos; Johor (50,871 dos); Sabah (45,006 dos); Kedah (33,929 dos); dan Perak (32,197 dos).

Sejak program imunisasi dilancarkan sehingga semalam 5 Ogos 2021, lebih 23.1 juta dos suntikan telah diberikan, membabitkan lebih 15.1 juta dos pertama dan hampir lapan juta penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Daripada jumlah itu Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah tertinggi hampir 9 juta dos suntikan; Sarawak (3.18 juta dos); Johor (1.8 juta dos); Sabah (1.44 juta dos); Perak (1.36 juta dos); Pulau Pinang (1.18 juta dos); dan Kedah (1.02 juta dos).

Data 5 Ogos 2021

Berita berkaitan
Badan dunia syor dua vaksin bagi menentang varian Omicron
September 2, 2022· Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Dos penggalak kedua boleh diambil bagi individu sihat berusia 50-60 tahun
July 19, 2022· Isu semasa
Vaksin buatan Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia
July 19, 2022· Dunia
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
10 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
10 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
11 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok