8 hari berturut-turut kadar Rt meningkat

Data terbaharu menunjukkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 dalam negara berlaku peningkatan selama lapan hari berturut-turut sejak 25 Jun lalu dan keadaan ini agak membimbangkan.

Dalam ciapan akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, setakat semalam Rt melonjak hingga 1.07 berbanding paras 0.96 pada 25 Jun lalu.

Keadaan semasa tersebut mengakibatkan graf seolah-olah membentuk lengkungan ‘U’, dengan kali terakhir Malaysia merekodkan kebolehjangkitan 1.07 pada 1 Jun lalu, iaitu hari pertama sekatan pergerakan penuh berkuat kuasa.

Lebih membimbangkan apabila pola peningkatan Rt ketika ini seakan-akan menepati unjuran Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjangka angka berkenaan bakal melonjak sehingga mencecah 1.2, sekiranya tiada pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, jika unjuran sedemikian berlaku, kadar jangkitan harian yang dicatatkan di negara ini bakal melonjak ke paras 13,000 kes, sekali gus mengundang risiko sistem perkhidmatan kesihatan awam menjadi lumpuh, seperti bersandarkan analisis Pembendungan Risiko, Pendedahan dan Jangkitan (SEIR),

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, bersandarkan anggaran Rt harian setakat semalam, Pahang mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 1.27, melebihi paras kebangsaan, selain Putrajaya (1.13), manakala hanya Perlis merekodkan sifar kes.

BERITA BERKAIT
POPULAR