8 dituduh salah guna kad inden minyak PDRM

September 25, 2022 · Isu semasa

Lapan bekas pembantu pam sebuah stesen minyak di daerah Kemaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 45 pertuduhan menyalahgunakan kad inden milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima tahun lepas.

Kad inden ialah kad elektronik yang digunakan untuk membuat transaksi bekalan bahan api kenderaan bagi ambulans, kereta jenazah, kereta peronda polis dan seumpamanya.

Mohamad Amirul Izzat Mohamad, Md Nazrul Khusairi Mohamad Ros, Muhamad Ikhwan Ruslan, Muhamad Aidil Mohd Kamal, Muhamad Khairi Fakhri Abd Karim, Khairul Fadhli Bahar, Abdullah Hassani Basri dan Iskandar Zulkarnain Adenan, yang berusia lingkungan 23 hingga 32 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mereka didakwa menggunakan kad inden yang bernilai di antara RM50 hingga RM830.05 0.05) itu pada Oktober hingga Disember 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tengku Eliana membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM5,500 hingga RM30,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nurul Farhana Shamsudin. – Bernama

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022· Politik
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022· Isu semasa
Zahid tipu Agong, kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini
November 23, 2022· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
7 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
9 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
16 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
18 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
10 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok