8 Disember keputusan rayuan Najib minta penyata kewangan Zeti

October 25, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember depan untuk membuat keputusan berhubung rayuan Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan beberapa dokumen membabitkan transaksi kewangan antara firma pelaburan Goldman Sachs dan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Kamaluddin Md Said yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Nafsy Yasin dan Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak-pihak terlibat.

“Kami memerlukan masa untuk meneliti hujahan tetapi bukan pada minggu ini. Kita tetapkan pada Disember,”katanya, menurut Utusan.

Hadir pada hari ini (25 Oktober 2022) ialah Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Najib yang hadir diiringi pegawai penjara diwakili peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, turut kelihatan.

Sebelum ini, Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Julai 2021 yang menolak dua permohonannya untuk meminta pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB mendedahkan 19 dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Zeti atas dakwaan bahawa keluarganya didakwa menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.

Pada 24 Mac 2021, Najib, 67, memfailkan permohonan untuk mendapatkan 19 dokumen bank bagi beberapa buah syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Dr. Tawfiq Ayman yang merupakan suami kepada Zeti.

Najib sekali lagi pada 5 April 2021 turut memohon dibekalkan dengan beberapa lagi dokumen termasuk perjanjian penyelesaian Malaysia dengan Goldman Sachs.

Najib kini berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Bekas Perdana Menteri itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang setelah didapati bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Perbicaraan kes itu bersambung 7 November ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022· Isu semasa
Portal dakwa Anwar akan pilih Zahid sebagai TPM, balas jasa anak murid
November 30, 2022· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022· Isu semasa
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
2 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok