7,947 pesakit Covid-19 di wad, 827 di ICU

October 8, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital sehingga semalam turun kepada 7,947 individu berbanding 8,097 kelmarin, dengan Selangor kekal mencatat jumlah tertinggi membabitkan 1,178 pesakit di wad dan 140 lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW memaklumkan jumlah kes aktif juga turun kepada 129,049 semalam berbanding 132,175 kes yang dilaporkan kelmarin.

Daripada jumlah itu, 16,558 masih dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,947 (hospital), dan 827 pesakit, termasuk 445 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, dirawat di ICU.

Dalam tempoh 24 jam semalam juga, 132 pesakit meninggal dunia menjadikan keseluruhan sejak Covid-19 menular di Malaysia awal tahun lalu kepada 27,113 kematian.

Jumlah itu termasuk 26 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID), menjadikan keseluruhan kes BID mencecah 5,450 kes.

Pulau Pinang merekodkan jumlah kematian tertinggi melibatkan seramai 33 pesakit, termasuk tujuh kes meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID), diikuti Sarawak (19); masing-masing 15 kes di Johor dan Sabah; Perak (14); dan Selangor (13 kes kematian).

Kelantan dan Terengganu pula masing-masing merekodkan enam kematian, diikuti Pahang (empat); Kedah (tiga); Perlis (dua); dan masing-masing satu di Melaka dan Kuala Lumpur. Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok