7,857 kes positif tertinggi, 59 kematian hari ini

Data 27 Mei 2021

Jumlah kes positif Covid-19 hari ini terus meningkat yang tertinggi apabila mencatatkan 7,857 kes menjadikan kumulatif kes berjumlah 541,224, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam tempoh 24 jam lalu sehingga 12 tengah hari tadi, Selangor mencatatkan 2,675 kes diikuti Sarawak (772) dan Kelantan 754 kes.

Tujuh negeri mencatat peningkatan kes positif iaitu Selangor, Sarawak, Kelantan, Melaka, Pahang, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kematian akibat Covid-19 hari ini turun sedikit kepada 59 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,491.

Katanya, jumlah kes sembuh dalam tempoh 24 jam itu adalah sebanyak 4,598.

“Setakat ini 771 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 392 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, 20 kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan lapan kluster komuniti, kluster di tempat kerja (tujuh), kluster keagamaan (tiga), dan masing-masing satu kluster pendidikan dan pusat tahanan.

POPULAR
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Malaysia sedang bangunkan dua vaksin Covid-19 sendiriJune 12, 2021
Polis tahan lori bawa 48 pekerja kilang proses ayam positif Covid-19June 14, 2021
Masjid tak ditutup, aktiviti hanya ditangguh, kata Mufti KelantanJune 13, 2021
Agong yakin langkah kerajaan tadbir negara, tangani Covid-19June 13, 2021
PM yakin Kuala Lumpur capai imunisasi kelompok menjelang 31 OgosJune 13, 2021