77,834 kanak-kanak terima dua dos

Seramai 77,834 atau 2.2 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sejak PICKids dilancarkan 3 Oktober lalu hingga semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan semalam sahaja seramai 18,557 kanak-kanak menerima suntikan kedua dan 5,517 penerima dos pertama.

Selain itu seramai 1,358,791 atau 38.3 peratus kanak-kanak lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos dan perlu menunggu sela masa lapan minggu sebelum diberi suntikan kedua.

Sementara itu, 22,956,433 atau 97.6 peratus individu dewasa telah lengkap menerima dos kedua masing-masing, manakala 23,233,304 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejumlah 15,908,442 atau 67.6 peratus individu dewasa pula menerima dos penggalak.

Sejak September tahun lalu, seramai 2,857,568 atau 91.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima dua dos vaksin, dan 2,958,121 atau 95.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya 69,138,021 vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan 24 Februari lalu.

BERITA BERKAIT
POPULAR