77.8 peratus populasi Malaysia lengkap divaksinasi

December 2, 2021 · Isu semasa

Seramai 2,590,730 individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 sejak program itu dimulakan 13 Oktober lalu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Dos penggalak diberikan kepada semua individu dewasa, namun keutamaan diberikan kepada individu mengikut turutan umur, petugas barisan hadapan, individu dengan komprbiditi, wanita hamil, warga emas dan individu berkeperluan untuk keluar negara.

Tiga jenis vaksin dos penggalak disyorkan adalah Pfizer yang diberi selepas enam bulan suntikan kedua, Sinovac (tiga bulan selepas dos kedua) dan AstraZeneca (enam bulan selepas dos kedua).

Sehingga semalam, lebih 53.67 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan 24 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, 77.8 peratus atau 25,411,143 individu melengkapkan suntikan vaksinasi masing-masing, manakala 79.2 peratus atau 25,858,982 menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sementara itu, 22,698,593 atau 97.0 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,034,278 atau 98.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi PICK Remaja pula, sebanyak 86.2 peratus atau 2,712,550 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 89.8 peratus atau 2,824,704 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Antara langkah kawalan bagi mencegah penularan varian Omicron Covid-19.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
2 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
4 jam lalu · Isu semasa
Kementerian ambil tindakan segera insiden pelanggaran data iPay88
5 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
5 jam lalu · Isu semasa
Jumlah pesakit sembuh semalam mengatasi jangkitan baharu Covid
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok