76 kematian, 5,793 kes baharu

Sebanyak 76 kematian, semuanya membabitkan warganegara, akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif 3,844 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 8,334 pesakit atau 87.7 peratus daripada keseluruhan kes pula sembuh hari ini, manakala 76, 247 kes masih aktif.

Terdahulu beliau memaklumkan 5,793 kes baharu termasuk enam kes import yang membabitkan empat warganegara dan dua bukan warganegara, dilaporkan dalam tempoh itu menjadikan kes kumulatif sebanyak 652,204.

“Sehingga hari ini 914 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 459 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh itu juga 24 kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhan kluster aktif meningkat kepada 761, manakala 1,701 kluster lagi ditamatkan.

Beliau berkata empat kluster baharu dikesan di Selangor membabitkan tempat kerja; Pulau Pinang (tiga – tempat kerja dan tembok); Kelantan (tiga – komuniti dan pusat tahanan); dan Sabah (tiga – komuniti).

Sarawak (dua – Komuniti); Pahang (dua – tempat kerja); Negeri Sembilan (dua – tempat kerja); Johor (dua – tempat kerja); Kuala Lumpur (satu – tempat kerja); Terengganu (satu – tempat kerja); dan Kedah (satu – tempat kerja).

Semua kluster itu membabitkan 608 individu yang dikesan positif Covid-16 hari ini.

Data 12 Jun 2021

BERITA BERKAIT
POPULAR