751,928 kanak-kanak telah terima dos pertama vaksin Covid-19

February 26, 2022 · Isu semasa

Seramai 42,584 kanak-kanak berusia antara 5 tahun dan di bawah 12 tahun menerima suntikan pertama vaksin Covid-19, semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kanak-kanak yang menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sejak 3 Februari lalu meningkat kepada 751,928 atau 21.2 peratus.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Dos Penggalak (PICK-B) bermula sejak rasmi pada 1 Oktober 2021 hingga semalam, seramai 14,453,640 atau 61.4 peratus daripada individu dewasa telah menerima dos penggalak.

Seramai 22,947,671 atau 97.5 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, manakala 23,227,035 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak 8 September tahun lalu hingga semalam juga seramai 2,800,143 atau 90.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,892,596 atau 93.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sebanyak 66,865,787 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 25,747,814 atau 78.8 peratus daripada populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, dan 26,871,559 atau 82.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
59 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
1 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
1 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok