75 daripada 133 kes kategori 3-5 individu terima dua dos

February 21, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 75 kes atau 56.39 peratus daripada 133 jangkitan Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan di seluruh negara semalam, membabitkan individu yang telah menerima dua dos vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 21.80 atau 29 kes kategori itu masing-masing melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, dan telah menerima dos penggalak.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini menetapkan pelan rawatan bagi pesakit Covid-19 adalah berdasarkan lima tahap atau kategori klinikal pesakit iaitu:

Kategori 1: Tidak bergejala;
Kategori 2: Bergejala tanpa radang paru-paru;
Kategori 3: Bergejala dengan radang paru-paru;
Kategori 4: Bergejala dengan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen; dan
Kategori 5: Pesakit kritikal dengan komplikasi kepada pelbagai organ (multiorgan).

Menurutnya, 62 kes atau 46.62 peratus daripada 133 kes itu pula melibatkan pesakit berusia 60 tahun dan ke atas, 47 kes (35.34 peratus) adalah pesakit mempunyai komorbid, dan enam kes (4.51 peratus) membabitkan ibu mengandung.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan semalam, 26,699 kes atau 99.50 melibatkan pesait kategori 1 dan 2.

Statistik dikongsi beliau menunjukkan:

  • Kategori 1: 8,469 kes (31.56%);
  • Kategori 2: 18,230 kes (67.94%);
  • Kategori 3: 66 kes (0.25%);
  • Kategori 4: 38 kes (0.14%); dan
  • Kategori 5: 29 kes (0.11%).

Beliau juga memberitahu seramai 1,438 pesakit dimasukkan ke hospital semalam, termasuk 485 kes atau 33.7 peratus daripadanya melibatkan kategori 3, 4, dan 5; dan 953 kes (66.3 peratus) lagi kategori 1 dan 2.

Dari segi penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes Covid-19, Dr Noor Hisham berkata tiga negeri mencatat – Johor, Kuala Lumpur dan Melaka – sebanyak kira-kira 50 peratus bagi pengisian katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU).

Kira-kira 50 peratus katil bukan ICU pula melibatkan sembilan negeri iaitu Selangor sebanyak 104 peratus; Perlis (101%); Kelantan (96%); Perak (91%); Putrajaya (82%); Johor (82%); Sabah (79%); Kuala Lumpur (77%); dan Pulau Pinang (50%).

Bagi katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) pula enam negeri mencatat penggunaan kira-kira 50 peratus iaitu Selangor 74 peratus; Perak (58%); Terengganu (58%); Sabah (57%); Melaka (53%); dan Kelantan (50%).

Dr Noor Hisham berkata pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 139 pesakit, namun peratusan penggunaannya secara keseluruhan adalah sebanyak 36 peratus.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
4 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
7 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
18 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
14 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok