74 pesakit Covid-19 meninggal dunia pada Sabtu, Selangor tertinggi

Seramai 74 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, 9 Oktober 2021, turun sedikit daripada 78 kematian yang dilaporkan pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kemas kini dalam laman sesawang COVIDNOW tengah malam tadi memaklumkan angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan sejak awal tahun lalu kepada 27,265 kes kematian.

Berdasarkan statistik yang dikongsi itu, Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu seramai 22 pesakit, diikuti Sarawak sebanyak 14 kes; Sabah (11 kes); dan Johor (10 kes).

Kelantan pula merekodkan lima kes kematian, diikuti empat di Perak; masing-masing dua di Melaka dan Kuala Lumpur; dan masing-masing satu di Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, dan Terengganu.

Tiada kes kematian direkodkan di Pahang, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu jumlah kes aktif turun daripada 125,998 yang dicatat pada Jumaat kepada 120,246 pada Sabtu.

Daripada jumlah itu seramai 95,521 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 16,249 pesakit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hospital (7,708) dan 768 pesakit di unit rawatan rapi, termasuk 418 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan berkaitan Covid-19 mengikut negeri seperti dimaklumkan KKM menerusi COVIDNOW:

Johor: Kes aktif (15,021); kuarantin di rumah (12,263); PKRC (1,669); kes sembuh harian (1,509); kes harian (859); jumlah kes (203,217); jumlah sembuh (186,211); jumlah kematian (3,423).

Kedah: Kes aktif (5,001); kuarantin di rumah (4,315); PKRC (299); kes sembuh harian (636); kes harian (437); jumlah kes (140,035); jumlah sembuh (133,170); jumlah kematian (1,896).

Kelantan: Kes aktif (9,503); kuarantin di rumah (7,123); PKRC (1,618); kes sembuh harian (1,373); kes harian (940); jumlah kes (124,499); jumlah sembuh (114,136); jumlah kematian (888).

Melaka: Kes aktif (3,973); kuarantin di rumah (3,305); PKRC (491); kes sembuh harian (306); kes harian (289); jumlah kes (60,494); jumlah sembuh (55,764); jumlah kematian (866).

Negeri Sembilan: Kes aktif (1,833); kuarantin di rumah (1,373); PKRC (189); kes sembuh harian (176); kes harian (195); jumlah kes (98,591); jumlah sembuh (95,848); jumlah kematian (1,204).

Pahang: Kes aktif (8,402); kuarantin di rumah (4,883); PKRC (3,094); kes sembuh harian (603); kes harian (553); jumlah kes (70,026); jumlah sembuh (61,068); jumlah kematian (609).

Perak: Kes aktif (6,770); kuarantin di rumah (5,571); PKRC (470); kes sembuh harian (1,013); kes harian (723); jumlah kes (108,476); jumlah sembuh (100,802); jumlah kematian (958).

Perlis: Kes aktif (920); kuarantin di rumah (648); PKRC (118); kes sembuh harian (44); kes harian (66); jumlah kes (4,578); jumlah sembuh (3,575); jumlah kematian (87).

Pulau Pinang: Kes aktif (6,881) kuarantin di rumah (5,947); PKRC (406); kes sembuh harian (1,480); kes harian (537); jumlah kes (136,286); jumlah sembuh (127,996); jumlah kematian (1,460).

Sabah: Kes aktif (11,553); kuarantin di rumah (9,078); PKRC (1,451); kes sembuh harian (950); kes harian (759); jumlah kes (204,859); jumnlah sembuh (191,064); jumlah kematian (2,337).

Sarawak: Kes aktif (23,826); kuarantin di rumah (19,351); PKRC (3,447); kes sembuh harian (2,625); kes harian (1,125); jumlah kes (223,250); jumlah sembuh (198,699); jumlah kematian(982).

Selangor: Kes aktif (16,168); kuarantin di rumah (13,259); PKRC (1,642); kes sembuh harian (2,271); kes harian (1,349); jumlah kes (687,972); jumlah sembuh (663,683); jumlah kematian (9,466).

Terengganu: Kes aktif (6,641); kuarantin di rumah (4,996); PKRC (1,352); kes sembuh harian (1,098); kes harian (590); jumlah kes (61,575); jumlah sembuh (95,848); jumlah kematian (404).

WP Kuala Lumpur: Kes aktif (3,286); kuarantin di rumah (2,991); PKRC (tiada); kes sembuh harian (297); kes harian (283); jumlah kes (186,111); jumlah sembuh (182,352); jumlah kematian (2,514).

WP Labuan: Kes aktif (32); kuarantin di rumah (2); PKRC (3); kes sembuh (1); kes harian (1); jumlah kes (9,908); jumlah sembuh (9,804); jumlah kematian (149).

WP Putrajaya: Kes aktif (436); kuarantin di rumah (396); PKRC (tiada), kes sembuh harian (40); kes harian (23); jumlah kes (6,369); jumlah sembuh (5,959); jumlah kematian (22).

BERITA BERKAIT
POPULAR